Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Pau Gebuzzz Putih Mulus


Bahan2nya :-

  • 300 gm tepung pau (*)
  • 1 camca serbuk yis (*)
  • ½ camca  baking powder (*)
  • 2 sudu gula castor (*)
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu shortening

Cara2nya :-


  1. Campurkan bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk dan masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  2. Setelah itu masukkan shortening dan uli lagi hingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada mangkuk
  3. Rehatkan adunan selama 10-15 min
  4. Ambil adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian.  Isikan bahagian tersebut dengan inti pilihan kalian dan dilapik dengan daun pisang atau kertas minyak
  5. Setelah selesai rehatkan selama 45min dan pastikan ditutup dengan kain lembab atau plastik agar adunan tidak kering
  6. Apabila adunan telah naik, kukus selama lebih kurang 10 min dan sedia untuk di ngapp

Wednesday, October 19, 2011

Apam Gula Hangus hulalaa


Source :- Ros
Mintak izin C&P yer..thanx dear

Bahan2nya :-

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil baking soda@soda bikarbonat ( di ayak bersama tepung gandum)
  • 1/2 cawan minyak masak@diganti dengan marjerin atau butter yang telah dicairkan
  • 2 sudu besar susu cair
Bahan untuk gula hangus

  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air
Cara2nya :-

  1. Gula Hangus-Masukkan gula dalam periuk dan biarkan gula hinga menjadi keramel@agak hangus, kemudian masukkan 1 cawan air, kacau sehingga gula hangus cair, angkat dan sejukkan sebentar
  2. Dengan menggunakan mixer,   pukul, telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul sehingga kembang, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, di selang seli dengan minyak masak, susu cair, secubit garam dan akhir sekali  masukkan gula hangus, kacau sebati.
  3. Panaskan kukusan. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil, sudukan hingga 3/4 acuan , tapi akak guna loyang ajer...
  4. Setelah dikukus keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
P/S :-Pastikan acuan/loyang di sapu dengan sedikit minyak, supaya apam mudah dikeluarkan nanti.

Tuesday, October 18, 2011

Apam Bakar Bertapai versi hulalaa

Rupa mcm pancake tp bkn pancake yer...
Hasil geledahan aku kat dapur2 alam maya nie terjumpa lak resepi nie kat dapur nie
Mekasih yer tuan pemilik dapur & mintak izin C&P yer dear..

Bahan2nya :-

  • 300 gram tepung beras
  • 125 gram gula pasir
  • 1/4 camca garam
  • 2 camca yis segera (mauripan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (**)
  • 1 ulas bawang merah ~ di mayang halus (**)
  • 1/2 inci halia ~ dimayang halus memanjang (**)
  • 250ml santan/susu segar
  • 250ml air
  • 4 ketul tapai ubi kayu ~ buang urat & di lenyek halus 
  • kelapa parut putih yg digaul dengan sedikit garam

Cara2nya:-

  1. Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan
  2. Panaskan non-stick pan leser dgn sedikit majerin.
  3. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
  4. Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
Dihidang bersama kelapa parut. Guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya

P/S----->>Bahan2 yg bertanda (**) tu pada aku optional..nk taruk buleh x taruk pn buleh gak ikutlah citarasa korang

Friday, October 14, 2011

KARIPAP TIGER

BAHAN-BAHAN
 
4 cawan tepung gandum 
2 sudu besar marjerin (panaskan) 
2 sudu besar minyak masak (panaskan)
1/2 cawan air 
sedikit garam

Cawan untuk sukatan


Panaskan marjerin dan minyak masak
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar

Buat lubang ditengah2 tepung gandum dan tuang marjerin dan minyak panas ke dlm lubang.

Mix dgn garfu supaya jari tidak melocot..!





Gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seperti bread crumbs





Tambahkan sedikit demi sedikit campuran air dan garam , uli sehingga menjadi doh cenggini


Bahagi doh ke beberapa bebola kecil




 Canaikan doh
 

 Gulung cenggini






Potong ke beberapa bahagian






 Canaikan satu bahagian





Masukkan inti







Kelim


Goreng dalam minyak penuh dengan api yg sederhana





NOTE : SATU ADUNAN = 25 BIJI KARIPAP

Tuesday, October 11, 2011

Lempeng Sagu Biji versi hulalaa

Buruknya rupa lempeng nie kn???

Bahan2nya :-

  • 2 cawan sagu biji (rendam 5 min & toskan)
  • 1 cawan kepala parut (ambil putih ajer)
  • 1/2 cawan gula merah
  • secubit garam
Cara2nya :-

  1. Gaulkan sagu biji yang telah ditos dengan kelapa parut dan garam
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  3. Ambil sesenduk adunan dan ratakan nipis diatas kuali dan taburkan dengan gula merah diatas permukaan lempeng itu 
  4. Ambil lagi sesenduk adunan dan tutup permukaan yang telah ditabur dengan gula merah
  5. Masak adunan hingga masak dan terbalikkan adunan macam kita buat lempeng biasa tulah
Taraaaa siap utk dimakan semasa masih panas..bila sejuk liat skit tp still sodap

Friday, August 05, 2011

KUIH ABUK ABUK TIGER




BAHAN BAHAN


300 gm sagu biji
1 cawan gula melaka (dipotong kecil)
1/2 biji kelapa parut
daun pisang (dipotong segiempat sama)
garam
stapler
2 helai daun pandan (dimasukkan ke dlm air rebusan)


. bilas sagu dgn air bersih dan toskan
. campurkan sagu biji dgn kelapa dan garam
. bentukkan daun pisang seperti kon utk dibuat kelonsong
. masukkan campuran bahan tadi ke dlm kelongsong sehingga separuh penuh
. masukkan sesudu gula melaka
. masukkan campuran sagu tadi utk penuhi kelongsong (jangan terlalu penuh.tinggalkan hujung daun utk di   stapler)
. lipatkan kelonsong daun pisang. stapler kan
. kukus selama 30-40 minit


TARRAAA..DONE..!

Thursday, August 04, 2011

TEPUNG PELITA TIGER



BAHAN-BAHAN

untuk lapisan bawah berwarna hijau :

1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
5 cawan air
jus pandan dari 5 helai daun pandan
secubit kapur
CAMPUR SEMUA BAHAN DIATAS DAN BIARKAN

untuk lapisan atas berwarna putih :

4cawan santan
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam (supaya santan rasa lebih berlemak)
CAMPUR SEMUA BAHAN DAN GAUL RATA

Masak lapisan hijau,jangan beghonti ngacau sampai adunan berkilat
tuang an ke dlm kelonsong2 daun pisang,1/2 permukaan je..

Masak lapisan putih,kacau tanpa henti jugak sampai masak
Tuang an dlm kelonsong2 daun pisang tadi dan diatas lapisan hijau tadi lah

Dah siap.Sonang amek kan muek eh..:)
Lenkali kok akak sonang , akak ajar cenno nak buek kelonsong tu yo..

Sunday, July 31, 2011

Talam Berlauk hulalaa

Sumber dari SINI

Bahan2nya :-
 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 1 camca garam
  • 2 biji telur
  • 1 camca esen vanilla
Cara2nya :-
 
  1. Satukan kesemua bahan & masukkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit mentega atau minyak sapi.
  2. Masukkan dalam oven dan bakar lebih kurang 20 minit
  3. Keluarkan dan taburkan dengan inti yag telah dimasak dan bakar lagi hingga masak
  4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
  5. Potong dan hidangkan.
Bahan untuk inti :-


  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang carrot (potong dadu)
  • 1 camca rempah kari
  • 2 biji cili merah (cincang halus)
  • sedikit daun sup & daun bawang (hiris halus)
Cara2nya :-
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masak sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Masukkan hirisan cili merah & hirisan daun bawang bersama daun sup

Saturday, July 30, 2011

Kuih Cucur hulalaa

Nie akak Tinie punyo..

Nie acik punyo yg agk rentong...

Bahan2nya :-


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1 cawan air
Cara2nya :-

  1. Campur kesemua bahan dan adun hingga sebati (ikut cara acik...masuk dlm blender & brrrrrrrrrrrr)
  2. Perap adunan semalaman didalam peti ais dan goreng keesokkan harinya
Untuk cara step by step sila ke sini

Friday, June 24, 2011

Talam Kastard Berjagung hulalaa

 aku mmg fail bab potong kuih nie..hancusss

Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Sapukan layang dgn sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Sunday, June 12, 2011

Cakoi dan Kuah Pandan Spider

Aghi tu achik ando buek cakoi...menjadik poik...1st taim la...dh tuo la dh ha...x ponah2 muek cakoi...
Bahan ompuk cakoi :-
400 g tepung
1 cawan air
1 sb majerin (cair an dlu)
1 sk garam
3 sb gula
1 sb susu pekat manis
1 kuning telur
2 sk mauripan
1/2 sk soda bikarbonat


Satukan sumo bahan kecuali topung dalam mangkuk besar.  Kacau agar sebati.  Masukkan tepung skit2 ke dalam bancuhan tuh.  Ulikan smpi jadi doh yang lembut dan x melekat di jari (tgn taim menguli tu kono la longot an ngan topung yo).  Biarkan 1/2 jam.  Canaikan doh setebal 1/2 cm, dalam bentuk segiempat tepat.  (tgn kono sentiaso copot topung semaso merekabentuk cakoi) Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.  Rendamkan lidi di dalam air.  Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.  Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .  Panaskan minyak.  Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.


Bahan ompuk kuah pandan :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (kok nk guno santan pn buleh juo)
3-4 sb susu pekat manis (klu xdo, buh gulo pn buleh juo)
sedikit pandan paste (achik buh air daun pandan)


Masuk sumo ee lam piuk dn msak atas api sederhana.   Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya ghoman ee).  Angkat dan sejukkan.


Thursday, June 09, 2011

CUCUR HIPPO vs CUCUR TIGER

                                  
           
Ingredients 

For the dough
1 lb sweet potatoes (boiled and mashed)
10 tablespoons all-purpose flour
1 tablespoon of sugar
A pinch of salt

For the filling
4 cups of grated coconut
1/2 cup of dried shrimps
1 garlic*
3 shallots *
6 fresh red chillies (or dried red chilies)*
1 lemon grass (use only the white part)*
1 1/2 teaspoon tumeric powder (kunyit)
5 slices of ginger*
Salt to taste
Sugar to taste
2 tablespoons cooking oil

Method:
For the dough
  1. Boil the sweet potatoes in hot boiling water for 15 minutes.
  2. Peel the skin off the boiled sweet potatoes and mash them in a big bowl
  3. Mix the mashed sweet potatoes with flour, sugar, and salt till a soft dough is formed. The dough shouldn’t be too sticky. If too sticky, add more flour to the mixture.
For the filling
  1. Pound all the (*) ingredients.
  2. Soak the dried shrimps in hot water for 15 minutes and then pound them. Set aside.
  3. Heat 2 tablespoons of cooking oil and add in the pounded ingredients plus the pounded dried shrimps. Fry till fragrant.
  4. Add in the grated coconut and mix well.
  5. Add in salt and sugar to taste.
  6. Set aside and let it cool.
For the wrapping
  1. Dust your hands with some flour and take a bit of dough (about the size of a small ball), flatten it and put the filling in the middle.
  2. Cover the filling.
  3. Heat oil and fry till golden brown.
 NOTE : DLM BANYAK2 RESEPI YG AKU GOOGLE DAN CUBA,RESEPI CUBADAK INI JE YG MENJADIK..CUBALAH..

Seri Muka Spider


Bahagian bawah :-
  • 275 gm pulut (direndam dlu)
  • 195 ml pati santan (agak2 yo)
  • ½ sk garam

Bahagian atas :-
  • 3 biji telur 
  • 170 gm gula pasir
  • 1 sudu air daun pandan (nang tuo ee tampi achik buh 2 ko 3 sudu)
  • 195 gm pati santan
  • klu achik tmbah kali 1 sb tpung jagung

Tang bawah tuh ikut kerajinan.  Kalau rajin kukuih la.  Tapi achik tanak yo sbb maleh.  Peh tu cam biaso la penyet2 an lam loyang.

Sediakan kepala kuih :- Pukul telur dan gula pasir. Masukkan air daun pandan dan pati santan. (Klu achik buh kali tpung jagung - ikut suko la).  Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut. Kukus selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur. Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.  Pehhh tuuu ngapppp laa....

Saturday, May 28, 2011

d' tinizzz kaswi awooo. . .




















Bahan-bahannya:

(A)
1)  1 cawan gula merah/anau
2)  1 cawan gula pasir
3)  5 cawan air
4)   1 sudu makan kicap masin (utk menggantikan garam dan ajen penghitaman...awooooo)
5)   1 helai daun pandan

Semua bahan2 di atas dicampurkan dan dimasak sampai menggelogak (tapi jgnlah sampai membuak2 kuar) angkat, tapis dan sejukkan.

(B)
1)  2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan tepung jagung
3) 3 sudu besar air kapur
4) 1 sudu besar kicap masin (sebagai pengganti garam dan agen penghitaman- kok nak          nampak lobeh longot ubuh laie 2 sudu- suko ati memasing)

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan2 (B) ke dalam bahan2 (A) dan gaul sebati dan masukkan dalam acuan ikut suko memasing macam mano acuan yg diminati tapi kok nak sonang masukkan yo dalam loyang.  Kukus selama 30 minit. sebolom tu jangan lupo panehkan kukusan tu dulu!

tip: Kok nak copek masak selopeh dicampurkan semuo bahan tu panehkan ateh api yg perlahan sambil dikacau . Ingat: jangan lak sampai bergintel2 kang kok tak jadi lak deh.  So selamat mencubo, cubo sekali pasti nak bekali-kali.

Thursday, May 26, 2011

HOMEMADE TIGER PANCAKE



BAHAN-BAHAN

100gm tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125 ml fresh milk
1 sudu makan butter/marjerin (cair dan sejukkan sebentar)

                                          caramel dan chocolate syrup for the topping..   
                                         
CARA

.mix tepung gandum,baking powder dan gula

.masukkan ke dalam blender

.masukkan telur

.masukkan fresh milk sedikit demi sedikit

.masukkan butter/marjerin

.brrrrrrrrr..blend high speed kojap 

.panaskan non stick pan dan sapu sedikit marjerin

.curah satu senduk adunan

.naik gelembung baru terbalikkan

NOTE : KOK NAK UBUH PLAIN YOGURT DLM ADUNAN PUN BULEH BONA..  
               PERAP LAM 30 MENET

Wednesday, May 25, 2011

Kuih Lompang hulalaa


Bahan2nya :-
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1 camca air kapur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1/2 biji kelapa putih
Cara2nya :-

  • Masak gula pasir dengan 1 cawan air hingga larut
  • Gaul tepeung beras dan tepung ubi dengan 1 cawan air dan masukkan air kapur
  • Bila sudah sebati masukkan gula yang telah larut dan gaul lagi
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka
  • Masukkan adunan kedalam acuan dan kukus hingga masak
  • Bila sudah masak letakkan kelapa yag telah digaul dengan sedikit garam