Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Puding Marmar hulalaa

Source kat sini

Bahan2nya :-

20 gm agar-agar (aku guna agar2 Konyaku 2 paket kecil)
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil mentega
3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (aku guna milo)

Cara2nya :-

  1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur dan masukkan gula dan masak lagi hingga sebati
  2. Didalam bekas lain kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam agar-agar dan kacau rata.
  4. Angkat adunan dan tapis
  5. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana
  6. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko.
  7. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat.
  8. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Taraaaaa hasilnya selepas disejukan dan sedia untuk di ngapppppp

Saturday, November 05, 2011

Toasted Butterscotch Bread Pudding

Ihsan cik google
 

Bahan2nya :-

Karamel
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu air suam
Batter
  • 4 keping roti butterscotch
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 6 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis 
  • sedikit butter

Cara2nya :- 

Penyediaan karamel.

  1. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan 
**TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Toast roti dan potong kepada 4 bahagian
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  4. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi ke dalam no.4 dan tabur dengan kismis
  5. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Bakar selama 40 minit. 
P/S : BOLEH GAK GUNAKAN ROTI PUTIH BIASA TAPI ROTI TU HENDAKLAH DISAPU BUTTER TERLEBIH DAHULU SEBELUM DI TOAST

Friday, October 07, 2011

Rich Chocolate Pudding


Source :-

CIK NURUL & mekasih sbb mmg sedap sgt pudding nie nak lagi bila dh disejukkan juga izin C&P jer yer
Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
fruit cocktail secukupnya ~ tambahan



Cara:
Utk puding:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


Bahan Kuah Kastard:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
2 - 3 sudu besar gula

Cara:


Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.

Thursday, October 06, 2011

Coconut Jelly versi hulalaa


Bahan2nya :-

  • 3 biji kelapa muda
  • 10gm agar-agar serbuk (akak gna konyakku jelly powder)
  • 4 sudu gula
Cara2nya :-

  1. Kopek kelapa muda dan asingkan air dan isinya
  2. Sediakan acuan dan masukkan hirisan isi kelapa kedalam setiap acuan
  3. Masukkan air kelapa (anggaran 1500ml) dalam periuk dan bancuh bersama serbuk agar2 dan gula
  4. Masak hingga bancuhan mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau
  5. Bila bancuhan sudah menjadi agak jernih tuangkan kedalam acuan yang telah disediakan tadi
  6. Sejukkan dan sedap dimakan bila sudah sejukkkkkkkkk

Thursday, September 08, 2011

Trifle Fruit Cocktail

Source :-

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll / kek span
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu cair
Langkah Pertama :-
  1. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas sehingga penuh <<kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan trifle nie>>
  2. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi
Langkah Kedua :-
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  3. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
Langkah Ketiga :-
  1. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  2. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Sunday, August 07, 2011

Custard Pudding wth fruit cocktail hulalaa






 PENYEDIAAN KASTARD

Bahan2nya :-

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 7 cawan air suam
Cara2nya :-

  1. Masukkan tepung kastard kedalam periuk dan campur dengan susu pekat & air suam
  2. Masak adunan diatas api yg sederhana kecil dan jangan berhenti kacau aduan hingga berkilat
  3. Apabila adunan telah masak tuang kedalam acuan dan sejukkan
PENYEDIAAN SOS

Bahan2nya :-

  • 1 tin susu sejat (susu cair)
  • 1 tin koktail buah-buahan
  • 1 sudu tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)

Cara2nya :-

  1. Masukkan susu cair kedalam periuk dan masukkan syrup dari koktail buah2an
  2. Masak adunan hingga menggelegak dan masukan tepung kastard yg telah dibancuh dan kacau
  3. Bila adunan telah sejuk masukkan koktail buah2an dan sejukkan dan sedia untuk dihidangkan bersama kastard

Crunchy Ruby hulalaa



Untuk cara step by step sila klik

Bahan2nya :-

beberapa biji buah sengkuang cina(water chestnut)di buang kulit dan dipotong dadu kecil.
tepung ubi
pewarna merah
santan
sedikit garam
gula secukup rasa
daun pandan.
Air utk merebus

Cara2nya :-

  1. Ambik senkuang cina yg telah dipotong dadu tadi dan titiskan dengan pewarna merah & gaul hingga rata
  2. Ambil tepung ubi dan masukkan kedalam dan masukkan senkuang yang telah diwarnakan merah tadi dan gaulkan hingga bersalut sebiji2 dengan tepung ubi
  3. Panaskan air dalam periuk dan bila air dah mendidih masukkan sengkuang yag telah bersalut dan rebus hingga dia timbul dan angkat dan masukkan kedalam air sejuk supaya ia todak melekat
Untuk kuahnya :-

  1. Masakkan santan dengan sedikit garam dan gula secukupnya dan letakkan daun pandan kedalamnya
  2. Bila santan dah masak masukkan buah delima dan digaul rata.....Siap untuk dimakan....

Tuesday, July 05, 2011

Bubur Gentel hulalaa


Bahan2nya :-

3 cawan tepung pulut
1 cawan air
secubit garam
1 kotak santan segera
1 keping gula melaka
2 helai daun pandan

Cara2nya :- 
  1. Gaul tepung pulut bersama air dan secubit garam dan uli hingga sebati
  2. Bahagi adunan kepada dua warna dan gentel sebesar guli
  3. Sementara itu panaskan air dalam periuk dan bila adunan sudah siap di gentel masukkan dalam air yag telah mendidih tadi & angkat bebola bila sudah terapung dan toskan
  4.  Sementara itu masak santan bersama gula melaka dan siat2kan daun pandan
  5. Bila santan sudah masak masukkan bebola yang telah siap ditoskan tadi dan dikacau hingga mesra alam
  6. Kok nak makan paneh2 pun sodap..sojuk2 laielah sodap
**Kok nak taruk jagung ko..sagu bijik ko pun buleh gak

    Thursday, June 30, 2011

    Creamy Ice Cream wth cookies

     

    Bahan2nya :- ( 2 liter )


    • 5 sudu besar gula pasir *
    • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
    • 1 sudu besar ovallete *
    • 1 biji telur *
    • 2 sb susu tepung
    • 2 sk vanilla
    • 1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)

    Cara2nya :-

    1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed <- blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
    2. simpan dalam freezer 30 minit
    3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali <- mix, freeze, mix, freeze, mix + vanilla+oreo, freeze
    4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanill, dan oreo
    5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
    6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
    7. freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

    Monday, June 27, 2011

    Agar-agar Yogurt hulalaa


    Bahan2nya :-
    • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm) 
    • 4 cawan air
    • 1 cawan yogurt (akak gna nestle yogurt perisa mix berries)
    • 1/2 cawan gula
    • 2 sb susu pekat
    ** optional---blh gak taruk buah2 segar tembikai susu ker,kiwi ker yg dipotong dadu..ikut suka korang lah**


    Cara2nya :-
     

    1. Tuangkan air dan serbuk agar-agar serta gula dan susu pekat. Didihkan.
    2. Kemudian masukkan yogurt dan titiskan warna kesukaan. Matikan api.
    3. Masukkan aduna kedala loyang dan bila dah keras masukkan dlm ais box

    Monday, June 06, 2011

    Puding Tauhu hulalaa




    Bahan2 untuk puding :-
    • 1 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
    • 1 1/2 liter air
    • 1 cawan santan pekat
    • 1 tin kecil susu pekat manis
    • 1 tin susu cair
    • 4 sudu besar gula
    • 2 helai daun pandan - disimpulkan

    Untuk kuahnya:
    • 1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
    • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
    • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
    • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

    Cara2nya :-
    1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
     Untuk membuat pudingnya :-
    1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan. 
    2. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati 
    3. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak. 
    4. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya. 
    5. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
    ** (Tadi buat tak habiskan pun satu tin susu pekat manis..cuma guna 1/2 tin saja tp ikut suka korang lah klu yang suka manis taruk lebih)

    Sunday, May 15, 2011

    Puding Roti Kismis Bersos Hulalaaa

    Kau org tengok gambar dulu..........

    Yummy yummyyyy
    Bahan2nya :-

    1)   1 buku roti
    2)   Sedikit butter
    3)   2 biji telur
    4)   3 cawan susu segar
    5)   3/4 cawan gula
    6)   1 camca esen vanilla
    7)   1 cawan kismis
    Cara2nya :-

    1)   Sapukan roti dengan butter & susun dalam loyang
    2)   Diatas roti tu lapiskan dengan kismis dan selang selikan dengan susunan
          roti
    3)   Pukul telur dan gula hingga kembang dan masukkan esen vanilla & susu 
          segar
    4)   Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah disusun roti tadi dan kukus 
          lebih kurang 1/2 jam
    Untuk sos :-

    2 cawan susu segar, 2 sudu besar gula & 1 sudu besar tepung kastad di satukan dan dimasak atas api yg sederhana.

    Thursday, May 05, 2011

    nyonya tiger's LONGAN PUDDING in CUSTARD SAUCE


    BAHAN-BAHAN
    4 gm serbuk agar-agar
    1 tin longan
    300 ml low fat milk/fresh milk
    200 ml syrup longan dlm tin
    2 1/2 sudu besar gula
    1 sudu besar tepung custard(bancuh dulu dgn air)

    utk custard sauce :
    1 sudu besar tepung kastard(bancuh dulu dgn air)
    1/2 cawan susu segar
    1/2 cawan air
    1 1/2 sudu besar gula

    CARA2
    . Potong longan kecil kecil
    . Serbuk agar2 dibancuh dgn 2 sudu besar air
    . msk dlm periuk+low fat milk+syrup longan dlm tin
    . kacau sebati dan biarkan mendidih
    . masukkan potongan longan,gula,bancuhan tpg custard dan kacau   hingga agak pekat
    . curah pudding dlm acuan,sejukkan dlm suhu bilik
    . masukkan dlm petisejuk

    custard sauce :
    . masukkan semua bahan dlm piuk dan kacau hingga sos berkilat    dan pekat
    . kalau pekat sangat,tambah air
    . ubuh pudding dlm piring n tuang custard sauce n ngappp...


                                               sebelum di tuang sauce
                                                                                         
                                                nampak tuh..banyak hirisan longannya