Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Beef Pie versi ku






Bahan2nya :-
200gm daging kisar
1 cawan sayur campuran
½ cawan susu segar
½ camca serbuk lada hitam
1 camca  tepung gandum
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit garam dan gula

Bahan utk pastri :- 
Pastry puff (brand Kawan)
Telur, dipukul sedikit, untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam untuk ditabur

Cara membuat inti :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih hingga layu. Masukkan serbuk lada hitam, daging kisar dan sayura campur. Kacau rata dan masak hingga daging empuk
  2. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu dan kacau dan masak hingga pekat meggunakan api kecil. Bubug sedikit garam dan gula ikut citarasa
  3. Untuk pastri :- Ambil sekeping pastri dan bubuh inti dan lipat ikut suka..dan kelar bahagian atas jgn sampai putus lak
  4. Sapu telur dan tabur dengan serbuk lada hitam. 
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. 

Thursday, November 17, 2011

Sardine Puff Segera versi hulala

Source dari Ros
nak tengok cara2 melipat pastry pun dia ada tunjuk sekali tapi maaf Ros akak menderhaka bab tang lipat melipat tu....


Bahan2nya :-

  • 1 paket roti pratha segera (aku guna jenama Kart)
  • 1 tin sardin dilenyek halus (**)
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis (**)
  • 1 biji kentang dipotong dadu (**)
  • 1 camca serbuk lada sulah / lada hitam (**)
  • 1 biji limau kasturi atau sedikit perahan air asam jawa (**)
  • 1 biji kuning telur
Cara2nya :-

  1. Untuk inti satukan kesemua bahan yang bertanda (**) dan campurkan dengan segelas air dan masukkan kedalam kuali dan masak hingga kentang empuk dan kering.  Sesuaikan rasa masin & masam
  2. Ambil sekeping roti paratha segera dan potong kepada 4 bahagian,
  3. Letakkan satu sudu inti sardin tadi di tengah roti paratha dan lipat ikut suka korang
  4. Lepas tu sapukan pastri tu tadi dengan sedikit kuning telur. 
  5. Bakar pastri dalam oven pada suhu 180 selama 25 minit

Wednesday, July 20, 2011

Pai Daging (1) hulalaa...


Sumber dari sini

 Bahan2nya :-

Bahan A

500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya

Bahan B

6 biji kentang (direbus )
1 /2 cawan susu cair
1/2 sudu teh lada sulah


Cara2nya :-

1. Tumis bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi dan biarkan hingga daging betul-betul masak.
3.  Masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah dan gaul hingga sebati
5. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalam acuan atau bekas yang boleh dibakar dan kemudian tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan.

** Boleh juga ditaruk parutan cheese diatas semasa hendak membakar..tp akan x taruk tadi stok elekk

Thursday, April 21, 2011

Sardin Roll


Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

Cara Membuatnya
Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.

Cara Membuat Sardin Roll
Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
Letakkan filling di atas doh dan roll.
Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.