Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Tuesday, January 03, 2012

Steak Daging & Sos Cendawan


Source :- buku resepi Chef Norman Musa

Bahan2nya :-


  • 2 / 3 keping daging batang pinang
  • 30 gm cendawan shitake (tapi aku guna cendawan butang)
  • 1 sudu teh lada hitam ( dihancurkan)
  • 4 sudu besar krim putar
  • 100 gm kacang buncis (di buang hujungnya)
  • 1 batang lobak merah (dipotong baji)
Bahan2 perapan daging :-

  • 1 sudu teh lada putih - dihancurkan
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara2nya :-

  1. Gaulkan daging dgn lada putih, serbuk paprika, garam dan minyak.  Perap selama 30minit dan simpan dalam peti sejuk
  2. Rendam cendawan dalam air panas selama 10minit.  Setelah lembut hiris nipis2
  3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging yang diperap.  Goreng kedua-dua bahagian selama beberapa minit mengikut kesukaan anda sama ada separuh masak atau masak sepenuhnya
  4. Setelah masak angkat dan biarkan selama 5 minit supaya terbit jusnya untuk digunakan sebagai sos
  5. Sementara itu goreng kacang buncis dan obak merah selama beberapa minit sehingga layu tetapi masih rangup.  Angkat dan ketepikan
  6. Untuk sos : Goreng cendawan shitake selam dua minit.  Masukkan krim putar, lada hitam dan jus daging.  Renihkan atas api kecil hingga sos mulai mendidih
  7. Hidangkan daging dgn kacang buncis dan lobal merah berserta dgn sos shitake bersama taburan serbuk paprika

Tuesday, November 08, 2011

Daging Masak Ceylon versi hulalaa


Source kat sINi

Bahan2nya :-

1 kg daging 
1/2 cawan kicap manis
4 sudu kicap masin
Daun kari
4 biji bawang besar (dikisar halus)
2 sudu kerisik
1 sudu kecil air asam jawa
Garam (sedikit jika kurang masin)

10 biji bawang merah (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar) 

2 cm halia (dikisar)
2 cm lengkuas(dikisar)
Kulit kayu manis
Bunga lawang 

3 sudu cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging

   
























Cara2nya :-

  1. Perapkan daging bersama kicap manis,kicap masin dan daun kari. 
  2. Tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan yang dikisar.
  3. Setelah naik bau masukkan cili kisar hingga pecah minyak dan masukkan rempah kari (dijadikan pes).
  4. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan daging perap ,air asam jawa dan masak hingga daging empuk kemudian masukkan kerisik dan bawang besar yang dikisar serta garam.
  5. Masak hingga kering jika anda suka.

Friday, September 23, 2011

Rendang Campur campur versi hulalaa



Idea dari sini..mekasih yer..

Bahan2nya :-
  • 300 gm paru (rebus & dipotong nipis)
  • 300 gm limpa (rebus & dipotong nipis)
  • 400 gm jantung (dipotong nipis)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 3 senduk cili boh
  • 10 biji cili padi (+)
  • 6 biji bawang besar (+)
  • 5 ulas bawang putih (+)
  • 3 inci halia (+)
  • 2 batang serai (+)
  • 2 inci lengkuas (+)
  • 2 inci kunyit hidup (+)
  • 3 asam keping
  • garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 paket kecik kerisik

Cara2nya :-

  1. Kisar semua yang bertanda (+) hingga halus dan masukkan cili boh
  2. Tumis bahan bahan tersebut hingga garing.
  3. Apabila sudah garing masukkan paru, limpa & jantung tersebut dan gaul hingga sebati.
  4. Bila sudah sebati, masukkan santan dan masak menggunakan api yang kecil.
  5. Apabila santan sudah mula hendak kering, masukkan kerisik, asam keping, garam dan gula.
  6. Kacau lagi sehingga betul betul kering dan pastikan rendang nak lah di kacau selalu..kang kok melokek khek koli & hanguih lak...
  7. Jeng jeng jengggggg moh makan...
P/S...kalau nak bubuh daun limau purut ker..daun kunyit ker kacang panjang ker boleh gak tp suami  ku x suka

Sunday, August 14, 2011

JAPANESE KARI RAISU by TIGER




Sila cari JAPANESE CURRY seperti foto dibawah . Brand S&B ni very the femes..kat hypermart gerenti ada jual.



300 GRAM DAGING LEMBU

1 BIJI BAWANG BESAR.aku guna bawang merah sebab bawang besar aku lost in action.pergi bergaduh dengan bawang putih kot..mmuahaha

SEBATANG CARROT.

2 BIJI UBI KENTANG

1 BIJI TOMATO



Potong dadu kesemua bahan bahan diatas

1. Panaskan periuk dan masukkan 1 SUDU BESAR MINYAK ZAITON.
    Tumis bawang sebentar sahaja dan masukkan DAGING.mixrot

2. Masukkan CARROT dan UBI KENTANG

3. Tambah 1 1/2 CAWAN AIR  dan tutup periuk.
     Biarkan mereneh hingga kentang dan carot empuk

4. Masukkan TOMATO

5. Masukkan 2 KETULAN JAPANESE CURRY
    Mix dan tutup periuk.Biarkan mereneh sehingga curry larut . Mix

6. Curry kelihatan pekat . menandakan sudah lah masak.

7. Siap lah sudah JAPANESE RICE CURRY ini. Hidangkan dengan nasi panas.

ARIGATO GONZAIMASTAK..!

Thursday, August 11, 2011

Sup Gear Box versi hulalaa


Bahan2nya :-
  • 1 kilo tulang lembu / kambing
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 4 sudu minyal sapi
  • 1 tin tomato puri
  • 1 cawan sos cili
  • 1 biji kentang - rebus & lenyek
Cara2nya :
  1. Tumis bahan2 yang dikisar bersama dengan minyak sapi hingga garing
  2. Masukkan pula tomato puri dan air
  3. Bila sudah menggelegak masukkan tulang dan renehkan hingga daging empuk
  4. Bila sudah lembut masukkan pula sos cili, garam & sedikit gula dan masukkan juga kentang yg telah dilenyek untuk memekatkan kuah
  5. Sesuai di makan bersama roti atau nasi