Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, February 05, 2012

Ayam Percik Pasar Malam


Source :- MyR

Bahan2nya :-


  1. 1 kilo ayam di bersihkan & dipotong ikut suka
  2. 500 gm bawang besar (*)
  3. 50 gm halia  (*)
  4. 50 gm lengkuas (*)
  5. 50 gm bawang putih (*)
  6. 5 batang serai (*)
  7. 1 cawan gula
  8. 3 sudu stok ayam serbuk (optional)
  9. 5 senduk cili mesin
  10. 2 senduk cili sos
  11. 1/2 kg santan
Cara2nya :-

  • KIsar hingga halus bahan yang bertanda (*)
  • Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  • Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  • Bakar dan siap untuk menjamu selera


54490-44-http://www.mylivesignature.com/signatures/E7CC406B1F0B4EC446EBA6D696CCD0F4

Tuesday, January 10, 2012

Ayam Berempah

Source :- Buku resepi my lovely chef

Bahan2nya :-


  • 1 kg paha ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah - buang biji
  • 2 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 ½ sudu besar jintan putih
  • ¼ serbuk pala
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan2 sos :-

  • 1 susu besar minyak masak
  • 2 biji cili padi
  • 100gm cendawan butang - dihiris
  • 50ml santan pekat
  • 50ml air
  • ½ sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar daun ketumbar - dicincang
Cara2nya :-

  1. Bersihkan ayam dan kelar supaya bahan perapan meresap kedalam isinya.  Ketepikan
  2. Tumbuk bawang putih dan cili merah menjadi pes
  3. Satukan serbuk paprika, lada sulah, jintan putih, serbuk pala, garam dan campuran cili di dalam mangkuk dan kacau sebati
  4. Masukkan paha ayam dan lumurkan rata-rata.  Perap sekurangnya 1 jam atau semalaman.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C selama 10minit.  Letak paha ayam di dalam dulang  pembakar dan renjiskan minyak.  Panggang selama 30 minit.  Baki bahan perapan hendaklah disimpan untuk sos
Untuk Sos :-

  1. Panaskan sesudu besar minyak dan goreng cendawan sehingga layu.
  2. Masukkan baki bahan perapan, cili padi, santan, air dan kicap cair.  Masak sehingga mendidih.  Campurkan daun ketumbar dan padamkan api.
  3. Potong paha ayam menjadi kepingan kecil (jika suka), hidangkan dengan sos dan lemon

*** Jika tiada oven untuk membakar boleh gak bakar atas gas***

Sunday, November 20, 2011

TIGER CHOP



  • celur broccoli,baby buncis,bunga kobis dan carrot dlm air panas yg dicampur sesudu minyak dan sedikit garam
  • tapiskan sayuran dan rendam ke dlm air sejuk utk mengekalkan warna dan kerangupan                                                                             





 
  •  paha atas dan bawah ayam yg telah dibuang tulang
  •  masukkan dalam plastik

  •  alas dgn papan pencanai dan ketuk dgn anak lesung untuk melembutkan daging
  •  kalau takde alat utk melembutkan daging,guna je anak lesung..ehehh
  •  jangan bagi hancur daging ayam tu sudahhh..



    • marinade ayam dengan  wochestershire sauce,kicap manis dan lada hitam
    • perap selama 3jam atau semalaman,ubuh dlm peti ais









    •  keringkan kepingan ayam yg telah di marinade







    • lumurkan ke dalam tepung gandum kedua dua bahagian 
    • angkat kepingan ayam dan tepuk2 tepung(dusting)





    •  salutkan kedua-dua bahagian ayam ke dalam 2 biji telur yg telah di pukul






    • masukkan ayam ke dlm breadcrumbs,tekan2 ayam supaya melekat
    • goreng hingga coklat kekuningan didlm minyak panas



     MASHED POTATO
    • 4-5 biji kentang,buang kulit dan rebus hingga empuk
    • lenyek kentang ketika masih panas
    • masukkan semula ke periuk dan masukkan sesudu butter,fresh milk,garam dan lada hitam
    • kacau sehingga pekat dgn api kecil
                                                                                    
      BROWN SAUCE
    •  tumbuk 2ulas bawang putih,2ulas bawang merah 
    • panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang      
    •  masukkan 2 cawan stok ayam,air lebihan perapan   ayam tadi,sesudu wochestershire sauce dan tepung  jagung
    • kacau dan masukkan lada hitam dan garam sesuka hati

    Sunday, September 18, 2011

    Ungkep Ayam versi hulalaaa


    Source  khek sini yo kak


     
    Bahan2nya :-
    • 500g ayam - dipotong kecil
    • *3-4 biji bawang merah
    • *2 ulas bawang putih
    • *2 sudu makan ketumbar
    • *1 sudu makan jintan putih
    • *1-2cm kunyit hidup
    • *1cm halia
    • *3 biji buah keras
    • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas
    • 2 helai daun salam
    • 2 batang serai - di titik
    • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
    • garam
    • air
    Cara-cara
    • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
    • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai yg dititik hingga pecah minyak.
    • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
    • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam juga daun salam jika suka leh letak serbuk perisa.
    • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

    Tuesday, May 31, 2011

    Ayam Masak NEGRO hulalaa

    Bahan2nya :-
    • 6 ketul ayam (½ ekor)
    • 20 ulas bawang kecil yang telah dimayang
    • cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
    • ½ botol kicap manis
    • 1 kayu manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 1 bunga lawang

    Cara2nya :-

    1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan hangus nanti lauk jadi pahit dan selepas itu ditumbuk / blender
    2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng ¾ masak. Asingkan.
    3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak goreng bawang tadi. Masukkan kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Kacau2.
    4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
    5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau sampai rata.
    6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
    7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis, tutup api dan hidangkanlah.

      * Kalau nak lebih pedas bubuh lebih sikit cili kering dan potongkan lada hijau & cili padi.

    Tuesday, May 24, 2011

    Ayam Roasted Spider


    Hahhh...kok maleh msak buek yo cenia....x yah poi Kenny Rogers doh...

    Bahan2 ee :-
    • 1 ekor ayam (x yah d siang)
    • 2 sb cayenne
    • 1 sb thyme leaves/oregano pn buleh juo
    • 2 sb black pepper (blend jgn tlalu halus)
    • 2 sb paprika
    • Garam kit
    • 2 sb minyak
    • 2 sb air lemon/limau


    Ayam yg dh basuh beghosih di lupak an lah dgn sumo serbuk di ateh tu.  Kalau rasa mcm x ckup tmbh la sukatan ee ikut suko.  Lupak kali kek lam poghut ayam tuh.  Last skali tuang an myak n air limau .  Dh tu poghap kojap lam 1/2 jam.  Peh tu dooommm lam oven slamo 1 jam.  Judu an la dgn thai sauce ko atau brown sauce ko atau apo2 sos pn buleh juo.  Kok ghajin buek la kali coleslaw.  Sonang yo kan.  Cubo laa....