Saturday, November 26, 2011

Puding Marmar hulalaa

Source kat sini

Bahan2nya :-

20 gm agar-agar (aku guna agar2 Konyaku 2 paket kecil)
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil mentega
3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (aku guna milo)

Cara2nya :-

  1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur dan masukkan gula dan masak lagi hingga sebati
  2. Didalam bekas lain kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam agar-agar dan kacau rata.
  4. Angkat adunan dan tapis
  5. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana
  6. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko.
  7. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat.
  8. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Taraaaaa hasilnya selepas disejukan dan sedia untuk di ngapppppp

No comments: