Thursday, October 13, 2011

Bihun Sup Utara versi hulalaa





 Source dari kak hanieliza


Bahan utk kuah :-
  • 1 paket bihun (direndam dgn sesudu serbuk kunyit)
  • 300 gm daging lembu 
  • 300gm tulang
  • 300 gm babat
  • 1 paket sup bunjut
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 3 ulas bawang merah (*)
  • 4 cm halia(*)
  • 1 sdk lada hitam (*)
  • 2 sdk lada sulah (*)
  • Penumis 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang & buah pelaga)
Cara2nya :-

  1. Celur mihun yang telah direndam dgn serbur kunyit tadi dan toskan
  2. Kisar bahan2 yang bertanda (*) 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan bersama bahan2 yang bertanda (*) hingga garing
  4. Masukkan sup bunjut dan juga daging, babat & tulang dan rebus hingga empuk
  5. Bila sudah empuk keluarkan daging dan perut dan dihiris nipis
Bahan utk hiasan
Inilah rupa babat..klu org N9 panggil perut (gmbr ihsan cik google)

Hiasan....


  • daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
  • lobak asin cincang
  • bawang goreng
  • tauhu yang digoreng
  • limau kasturi [belah 2]

Sos Cili 

  • 10 biji cili merah
  • 1 bawang putih
  • 1 s/b cuka
  • garam
  • gula dan air
Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendidih dan pekat

No comments: