Wednesday, September 28, 2011

Pecel versi hulalaa


Bahan2nya :-

  • 4 keping tauhu (digoreng & dipotong nipis)
  • 4 keping tempe (digoreng) dipotong nipis)
  • sedikit taugeh (dicelur)
  • sengkuang (dipotogn halus)
  • timun (dipotong halus)
Bahan2 kuah pecel :-

  • 100gm kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • 2 btg lada merah (*)
  • 4 btg lada padi (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • sedikit belacan (*)
  • 1 cm cekur (kencur)
  • 2 sudu gula merah
  • air asam
  • 2 camca kicap manis
Cara2nya :-

  1. Goreng bahan yang bertanda (*) dengan sedikit minyak dan kisar hingga garing juga kisar bersama cekur
  2. Masukkan bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan juga kacang tanah kisar dan bancuh bersama air asam dan kicap manis dan gula merah serata garam
  3. Sesuaikan citarasa mengikut keserasian tekak kalian

No comments: