Thursday, September 29, 2011

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi bersama Pucuk Ubi versi hulalaa


Bahan2nya :-

  • 5 biji telur itik
  • 2 cawan santan pekat
  • 6-8 batang lada padi kampung (*)
  • 1 ulas bawang putih (*)
  • 2 ulas bawang merah (*)
  • 1 cm kunyit (*)
  • segenggam ikan bilis (direndam & diramas skit)
  • secekak pucuk ubi (direbus dahulu & toskan)
  • sedikit asam keping
Cara2nya :-

  1. Kisar bahan2 yang bertanda (*) hingga halus & klu nk happening skit tumbuk jerlah ^-^
  2. Masukkan bahan2 yang telah dikisar kedalam periuk dan masukkan santan bersama 2 cawan air dan ikan bilis
  3. Masak dengan api kecik hingga mendidih dan bila kuah sudah mendidih masukkan telur itik satu persatu dan pastikan masukkan pelan2 cz takut telur pecah
  4. Bila telur dah keras masukkan pucuk ubi dan asam keping dan taruklah garam ikut selera korang..

P/S : - boleh gak gantikan pucuk ubi dengan belimbing buluh or daun gelugor atau buah mangga muda...

No comments: