Wednesday, September 28, 2011

Pindang Serani versi hulalaa


Bahan2nya :-

  • 4 ekor ikan kembung (atau apa2 yg sesuai)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 cm halia (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • 1 biji bawang besar (*)
  • 1 camca ketumbar (*)
  • 1 camca jintan manis (*)
  • 2 batang lada merah / lada padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 keping asam gelugor
Cara2nya :-

  1. Siang ikan & bersihkan
  2. Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis bersama serai yang telah dititik hingga garing
  3. Masukkan air asam jawa. asam keping dan juga 2 cawan air masak dan biarkan mendidih
  4. Bila sudah mendidih masukkan ikan dan juga lada merah / lada padi yang telah dipotong dua.
  5. Sesuaikan rasa mengikut citarasa korang

No comments: