Monday, August 08, 2011

TIGER JAP CHAE - a korean dish





BAHAN-BAHAN


Starch noodles or Glass noodles
150 gm daging
1 rumpun bayam
1 batang carrot
1 biji bawang besar
cendawan Shiitake kering
cendawan putih
5 ulas bawang putih
7-8 helai daun bawang hijau (leek)
minyak bijan
kicap soya cair
gula
garam
lada sulah
butiran bijan

SEDIAKAN BAHAN SEBELUM MENGGORENG :
. Cendawan kering Shiitake direndam hingga lembut.Perah air dan hiris nipis
. Cendawan putih . Dihiris nipis
. Carrot dihiris nipis . 5cm panjang
. 7-8 helai daun bawang hijau dipotong . 7cm panjang
. Bawang besar dihiris nipis
. Daging lembu dihiris memanjang



CARA-CARA

  1. Didih air.Masukkan glass noodles.Dah lembut,tos dan masukkan ke MANGKUK BESAR
  2. Gunting2 noodles.Campur 1 sudu besar minyak bijan
  3. Didih air. Masukkan bayam selama 1 minit. Tos bayam dan bilas dilaluan air paip sebanyak 3 kali.
  4. Potong bayam dan campurkan kicap cair dan minyak bijan.Gaul dan masukkan ke dalam MANGKUK BESAR
  5. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak dan masukkan hirisan carrot. Goreng 30 saat dan masukkan ke dlm MANGKUK BESAR
  6. Goreng hirisan bawang besar sebentar dan masukkan ke dlm MANGKUK BESAR
  7. Goreng cendawan putih sebentar dengan sedikit minyak dan masukkukkan ke dlm MANGKUK BESAR
  8. Goreng daun bawang hijau (leek) selama 1 minitdan masukkan ke dlm MANGKUK BESAR
  9. Tuang sedikit minyak dan goreng hirisan daging dan cendawan shiitake. Goreng hingga masak Masukkan 5 ulas bawang putih yg telah di cincang, 1 sudu besar kicap cair dan dan 1 sudu besar gula.Goreng 3 saat dan masukkan ke dlm MANGKUK BESAR

DI DALAM MANGKUK BESAR masukkan 1 sudu besar gula, 2 sudu besar minyak bijan, 1 sudu besar lada sulah.Gaul dan taburkan butiran bijan yg di roasted.


DIMAKAN DENGAN NASI PANAS DAN KIMCHI ATAU DIMAKAN BEGITU SAHAJA

Pheeuhhh..DONE..!
Beghasap otak akak mengtranslate ke BM..bravo akak Tiger..!ngeh..ngeh..ngeh




TENGOK VIDEO NI UNTUK MEMUDAHKAN KOJO DAN PEMAHAMAN..GOOD LUCK..!

No comments: