Thursday, October 27, 2011

Pocket Of Pita versi hulalaa

 Kehkehkehh..jgn gelak nama resepi nie yer...akak x tau nk taruk nama apa so hentam sajalah..idea sediri ikut ank tekak sendiri..kot2 ada yg terasa akak tiru resepi sesapa akak mintak maaflah yer mgk citarasa kita serupa.)-
Lama dah x buat ala2 kebab nie..so hari nie dtg lak idea nk buat & kongsi dgn kwn2..ngehhh

Bahan2nya :-

  • Roti pita (wholemeal ker garlic ker)
  • 4 keping burger daging (akak guna produk Ramli) - dilenyek
  • sayur campuran (tapi akak guna carot jer dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • 1cm halia (*)
  • 1 camca serbuk lada sulah
  • 1 sudu cili boh
  • 1 sudu sos tiram
  • salad
Cara2nya :-
INTI :-

  1. Tumis bahan yang bertanda (*) hingga garing dengan sedikit minyak
  2. Lepas tu masukkan daging burger yang dah dilenyek dan gaul hingga sebati
  3. Kemudian masukkan cili boh, sos tiram dan serbuk lada sulah dan kacau lagi
  4. Akhir sekali masukkan sayur campuran dan kacau lagi juga sesuaikan rasa ikut citarasa korang
  5. Angkat dan sejukkan
Panaskan kuali dan bakar kulit pita hingga sedikit kekuningan dan potong dua.
Belah pita dan sumbat dengan inti dan salad & klu suka boleh gak taruk cheese or mayonis

No comments: