Thursday, September 08, 2011

Mee Bandung Muar versi hulalaa


Bahan untuk dikisar dan ditumis
  • 1 senduk lada boh (ikut citarasa koranglah)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 100gm udang kering

Bahan2 sampingan
  • 1 mangkuk kecil daging ( di rebus & potong nipis)
  • Udang
  • Sotong
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula ( ikut citarasa anda )
  • Garam
  • Sawi
  • Carrot
  • Mee Kuning ( dicelur)
  • Telur
  • Fish cake / fish ball / tauhu (ikut suka)

Cara2nya :-
  1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing
  2. Bila dah garing, masukkan sos cili, sos tomato garam dan gula serta dagin dan air rebusan daging
  3. Bila dah mendidih masuukan pula udang, sotong, tauhu, fish cake/ fishball
  4. Biarkan ia mendidih sebentar pecahkan telur biar telur masak
  5. Masukkan sayur sawi dan carrot 
  6. Sedia dihidangkan bersama mee yang telah dicelur
P/S :--> akak taruk 10 koping biskut marie yg dah di blender untuk memokatkan kuah ehh

No comments: