Wednesday, July 13, 2011

Kek Coklat Kukus hulalaa



 

Bahan2nya :-
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung / sayuran (+)
  • 1 cawan gula perang (+)
  • 1 cawan susu segar perisa coklat (+)
  • 3/4 cawan serbuk koko (+)
  • 1/2 cawan susu pekat (+)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (**)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat(**)
  • 1 sudu baking powder(**)
Cara2nya :-
  1. Ayak bahan2 yang bertanda (**)
  2. Campurkan kesemua bahan yang bertanda (+) kedalam periuk dan panaskan dengan api kecil dan kacau hingga kesemua bahan sebati dan sejukkan seketika
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan kedalam bahan yang bertanda (+) dan kacau hingga sebati
  4. Kemudian masukkan banah yang bertanda (**) sedikit demi sedikit dan kacau lagi supay tidak bergentel
  5. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit mentega dan kukus selama lebih kurang 30minit
  6. Setelah masak dan kek sejuk tuangkan coklat ganache keatas kek tersebut 
Coklat Ganache Simple :-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan minyak jagung
Campurkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak secara double boil

No comments: