Wednesday, May 25, 2011

Roti Arab hulalaa




BAHAN A :-
  • 1 paket (11gm) yis mauripan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air suam

BAHAN B :-


  • 500 gm tepung gandum
  • 1 camca garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 200 ml susu cair
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya

Cara2nya :-

  1. Aktifkan bahan A dengan memasukkan kesemua bahan dan kacau.Tutup dan biarkan sebentar.  Yis yang aktif akan berbuih & sila ambil perhatian yis akan kurang aktif jika dibancuh dengan air sejuk.
  2. Tepung gandum, gula, garam & marjerin disatukan dan digaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu cair dan tambah air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh
  4. Doh haruslah lembut dari doh roti canai dan doh tidak perlu diuli hingga licin. Doh ini akan melekat ditangan dan jangan tambah tepung
  5. Tutup doh dengan kain lembab dan perap selama 1 jam
  6. Selesai perap, tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin dan bahagiakan doh kepada beberapa ketul dan bulat2kan
  7. Ambil sebiji dan canai jgn terlalu nipis.  Letakan doh yang telah dicanai atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung
  8. Goreng doh dan pastikan semasa menggoreng simbah2kan minyak keatas roti dan ia akan menggelembung.  Api jangan terlalu kuat sebab jika minyak terlalu panas roti tak sempat kembung
  9. Masak roti hingga kekuningan dan toskan dan ngappppppp

2 comments:

Nyonya Tiger said...

macm kue pau goreng lah kan yu kan..hmm marbeless..!

Ayu said...

ha'ah mcm pau grg tp klu pau x gna susukn nyonya...