Bahan2nya :-
Bahan A
1) 3 sudu besar gula
Bahan B
1) 1 cawan susu cair
2) 70 gm gula castor
3) 1 camca esen vanilla
4) 3 biji kuning telur
Bahan C
1) 3 biji kuning telur
2) 70 gm gula castor
3) 135ml air
4) 45ml minyak masak
5) 140 gm tepung gandum
6) 1 sudu baking powder
Bahan D (maringue)
1) 6 biji putih telur
2) 70 gm gula castor
3) 1 sudu cream of tartar
Cara2nya :-
1) Bahan A dibuat gula hangus dan dituang dalam loyang ketika masih panas
2) Bahan B dicampur semua dan gaul hingga sebati
* JANGAN DIPUKUL ADUNAN INI*
3) Bahan C
a) Pukul telur dan gula hingga kembang dan masukkan tepung, air, minyak masak & baking powder
4) Bahan D dicampur dan di pukul hingga adunan tidak jatuh bila diterbalikkan
* JANGAN ADA WALAU SETITIK AIR ATAU KUNING TELUR KERANA IA TIDAK AKAN MENJADI WALAUPUN DIPUKUL SELAMA SEJAM *
5) Masukkan Bahan C kedalam Bahan D dan di kaup balik sahaja sehingga adunan mesra alam
6) Bila sudah mesra bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan kalian
7) Masukkan Bahan B kedalam loyang gula hangus tadi
8) Masukkan aduan yang telah diwarnakan kedalam loyang berselang seli atau mengikut kreativi kalian
* ADUNAN TERLALU RINGAN DAN TIDAK AKAN BERCAMPUR DENGAN BAHAN DI
NO 7 *(atas)
NO 7 *(atas)
9) Bakar adunan secara double boil selama 40minit dan apabila sudah masak telangkupkan ketika kek masih panas
No comments:
Post a Comment