Monday, May 16, 2011

Kek Cekelat Spider


Bahan ee :-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

Bahan A :-
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B :-
  • 1/2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

Cara :-
Pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula dan pukul lagi.  Kemudian masukkan minyak masak.  Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.  Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping Ganache :-
  • 500g cooking coklat dihiris
  • 200ml whipping cream

Cara :-
Didihkan cream dalam periuk secara double-boiled hingga timbul buih.  Masukkan coklat dan kacau hingga cair dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dituang atas kek.  



2 comments:

Nyonya Tiger said...

weeaiii..vogue betul cekelat cake nih..nmpk mcm sonang,tapi kalau org buek an laie sonang kan..kan..cenna lak buah kiwi tu nmpk mcm tenggelam tetapi timbul..letak sugar glaze ke..?

sepedo said...

kehkehkeh...tang kiwi tu abg den yg design ee...meghoyok anak den...dio nk cam lain...tp bilo abg den msuk, abihhhh...lain la jdik ee...alllaaa kak dio susun kiwi tu lam pinggan...peh tu d tuang ee jeli..tu la deh ghoman ee...