- 6 ketul ayam (½ ekor)
- 20 ulas bawang kecil yang telah dimayang
- cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
- ½ botol kicap manis
- 1 kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 1 bunga lawang
Cara2nya :-
1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan hangus nanti lauk jadi pahit dan selepas itu ditumbuk / blender
2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng ¾ masak. Asingkan.
3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak goreng bawang tadi. Masukkan kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Kacau2.
4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau sampai rata.
6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis, tutup api dan hidangkanlah.
* Kalau nak lebih pedas bubuh lebih sikit cili kering dan potongkan lada hijau & cili padi.
3 comments:
xtraordinary nih,bwg dan cili kering digoreng dan ditumbuk n kisar..mesti baunya wangi dan sedap..
sodapppp lopeh tu mkn dgn nasi minyak / nasi tomato...nasi putih pun sodap
makan dgn nasi himpit un sodap cz dio manih2 skitkan
Post a Comment