Tuesday, January 03, 2012

Steak Daging & Sos Cendawan


Source :- buku resepi Chef Norman Musa

Bahan2nya :-


  • 2 / 3 keping daging batang pinang
  • 30 gm cendawan shitake (tapi aku guna cendawan butang)
  • 1 sudu teh lada hitam ( dihancurkan)
  • 4 sudu besar krim putar
  • 100 gm kacang buncis (di buang hujungnya)
  • 1 batang lobak merah (dipotong baji)
Bahan2 perapan daging :-

  • 1 sudu teh lada putih - dihancurkan
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara2nya :-

  1. Gaulkan daging dgn lada putih, serbuk paprika, garam dan minyak.  Perap selama 30minit dan simpan dalam peti sejuk
  2. Rendam cendawan dalam air panas selama 10minit.  Setelah lembut hiris nipis2
  3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging yang diperap.  Goreng kedua-dua bahagian selama beberapa minit mengikut kesukaan anda sama ada separuh masak atau masak sepenuhnya
  4. Setelah masak angkat dan biarkan selama 5 minit supaya terbit jusnya untuk digunakan sebagai sos
  5. Sementara itu goreng kacang buncis dan obak merah selama beberapa minit sehingga layu tetapi masih rangup.  Angkat dan ketepikan
  6. Untuk sos : Goreng cendawan shitake selam dua minit.  Masukkan krim putar, lada hitam dan jus daging.  Renihkan atas api kecil hingga sos mulai mendidih
  7. Hidangkan daging dgn kacang buncis dan lobal merah berserta dgn sos shitake bersama taburan serbuk paprika

Wednesday, December 28, 2011

Udang Goreng Berempah


Source dari :- Resepi Chef Norman Musa

Bahan2nya :-


  • 500gm udang (saiz ikut suka)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 sudu teh gula pasir
  • garam secukup rasa
Cara2nya :-

  1. Bersihkan udang, kelar bahagian belakangnya. Ketepikan
  2. Tumis jintan putih dan daun kari sehingga terbit bau
  3. Masukkan rempah kari daging & air.  Kacau selama seminit
  4. Kemudian masukkan udang, garam dan gula pasir
  5. Masak hingga udang melengkung dan warnanya berubah menjadi jngga
  6. Tuang jus limau nipis dan padamkan api. Angkat

Thursday, December 01, 2011

Spring Roll Murtabak versi hulalaa





Bahan2nya :-


Kulit popia secukupnya

Inti Murtabak:
 
  • 300g daging cincang
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih-dipotong dadu
  • 4 sb rempah kari - campur sedikit air
  • 2 sudu rempah kurma
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar -potong nipis2
  • 2 biji telur atau secukupnya

Cara2nya :-
 
1. Tumiskan bawang sehingga layu. Masukkan rempah kari dan rempah kurma dan tumis hingga naik minyak
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk,
3. Perasakan dengan garam & gula. Kacau sehingga kering. Biarkan sejuk.
4. Campurkan inti yang telah sejuk bersama bawang dan telur. Kacau rata.
5. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan inti murtabak tadi & bungkus seperti membuat murtabak
6. Goreng dengan sedik minyak hingga kekuningan.

Wednesday, November 30, 2011

Chocolate Brownies versi hulalaa

 Source dari Ala Carte

Bahan2nya :-

300g dark chocolate
200g tepung gandum
300g gula putih (aku kurangkan ke 250gm ajer)
250g mentega
5 biji telur
100g coklat chip
50g kacang gajus

Cara2nya :-

  1. Pecahkan chocolate menjadi kepingan kecil dan masukkan dalam mangkuk kaca dengan mentega. Kukuskan hingga kedua dua bahan menjadi cair.
  2. Setelah cair, angkat mangkuk dari periuk kukus dan masukkan telur satu per satu di selang seli bersama gula dan tepung digaul sedikit sedikit. Gaul setiap kali telur, gula dan tepung dicampur. Ulang proses ini hingga semua telur, tepung dan gula habis dicampur.
  3. Masukkan separuh chocolate chip dan kacang gajus yang telah dihancurkan.
  4. Siapkan dulang pembakar dengan kertas minyak, sapukan sedikit mentega supaya brownies tidak akan melekat selepas dibakar. Tuangkan adunan dan sapukan supaya menjadi rata. Akhir sekali, taburkan lebihan chocolate chip dan kacang gajus.
  5. Panaskan oven dengan suhu 180oC dan bakar selama 25minutes supaya brownies tidak menjadi terlalu kering.

Saturday, November 26, 2011

Puding Marmar hulalaa

Source kat sini

Bahan2nya :-

20 gm agar-agar (aku guna agar2 Konyaku 2 paket kecil)
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil mentega
3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air (aku guna milo)

Cara2nya :-

  1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur dan masukkan gula dan masak lagi hingga sebati
  2. Didalam bekas lain kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam agar-agar dan kacau rata.
  4. Angkat adunan dan tapis
  5. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana
  6. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko.
  7. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat.
  8. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Taraaaaa hasilnya selepas disejukan dan sedia untuk di ngapppppp

Sunday, November 20, 2011

TIGER CHOP



  • celur broccoli,baby buncis,bunga kobis dan carrot dlm air panas yg dicampur sesudu minyak dan sedikit garam
  • tapiskan sayuran dan rendam ke dlm air sejuk utk mengekalkan warna dan kerangupan                                                                             





 
  •  paha atas dan bawah ayam yg telah dibuang tulang
  •  masukkan dalam plastik

  •  alas dgn papan pencanai dan ketuk dgn anak lesung untuk melembutkan daging
  •  kalau takde alat utk melembutkan daging,guna je anak lesung..ehehh
  •  jangan bagi hancur daging ayam tu sudahhh..



    • marinade ayam dengan  wochestershire sauce,kicap manis dan lada hitam
    • perap selama 3jam atau semalaman,ubuh dlm peti ais









    •  keringkan kepingan ayam yg telah di marinade







    • lumurkan ke dalam tepung gandum kedua dua bahagian 
    • angkat kepingan ayam dan tepuk2 tepung(dusting)





    •  salutkan kedua-dua bahagian ayam ke dalam 2 biji telur yg telah di pukul






    • masukkan ayam ke dlm breadcrumbs,tekan2 ayam supaya melekat
    • goreng hingga coklat kekuningan didlm minyak panas



     MASHED POTATO
    • 4-5 biji kentang,buang kulit dan rebus hingga empuk
    • lenyek kentang ketika masih panas
    • masukkan semula ke periuk dan masukkan sesudu butter,fresh milk,garam dan lada hitam
    • kacau sehingga pekat dgn api kecil
                                                                                    
      BROWN SAUCE
    •  tumbuk 2ulas bawang putih,2ulas bawang merah 
    • panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang      
    •  masukkan 2 cawan stok ayam,air lebihan perapan   ayam tadi,sesudu wochestershire sauce dan tepung  jagung
    • kacau dan masukkan lada hitam dan garam sesuka hati

    Thursday, November 17, 2011

    Sardine Puff Segera versi hulala

    Source dari Ros
    nak tengok cara2 melipat pastry pun dia ada tunjuk sekali tapi maaf Ros akak menderhaka bab tang lipat melipat tu....


    Bahan2nya :-

    • 1 paket roti pratha segera (aku guna jenama Kart)
    • 1 tin sardin dilenyek halus (**)
    • 1 biji bawang besar dihiris nipis (**)
    • 1 biji kentang dipotong dadu (**)
    • 1 camca serbuk lada sulah / lada hitam (**)
    • 1 biji limau kasturi atau sedikit perahan air asam jawa (**)
    • 1 biji kuning telur
    Cara2nya :-

    1. Untuk inti satukan kesemua bahan yang bertanda (**) dan campurkan dengan segelas air dan masukkan kedalam kuali dan masak hingga kentang empuk dan kering.  Sesuaikan rasa masin & masam
    2. Ambil sekeping roti paratha segera dan potong kepada 4 bahagian,
    3. Letakkan satu sudu inti sardin tadi di tengah roti paratha dan lipat ikut suka korang
    4. Lepas tu sapukan pastri tu tadi dengan sedikit kuning telur. 
    5. Bakar pastri dalam oven pada suhu 180 selama 25 minit