Wednesday, July 25, 2012

Soaked Hyppo @ Badak Berendam @ Sepang Rebus


Bahan2nya :-


  • 3 buku keledek kuning - direbus dgn sedikit garam dan lenyek
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu tepung ubi
  • 2 biji santan pekat - di masak guna api kecil dan taruk sedikit garam
Bahan2 inti :-
  • 1 biji kelapa parut
  • Gula melaka
  • Sedikit gula pasir
  • Daun pandan
**Masak gula dengan air masukkan daun pandan dan masukkan kelapa parut dan masak hingga likat dan sejukkan

Cara2nya :-

  1. Satukan keledek yang sudah dilenyek bersama tepung pulut dan tepung ubi dan gaul hingga sebati
  2. Kemudian ambil adunan tersebut dan kepal2 dan bentukkan agar boleh dimasukkan inti kedalamnya dan buat hingga selesai
  3. Masukkan aduan yang telah diisi dengan inti tersebut kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak
  4. Kukus adunan tersebut lebih kurang 5 minit dan kemudian curahkan santan pekat dan kukus lagi selama 3 minit.
  5. Angkat dan sedia untuk dimakan

1 comment:

Anonymous said...

I pay a visit day-to-day a few web pages and blogs to read articles,
however this weblog offers feature based posts.

Here is my page; Themes Woocommerce