Wednesday, July 20, 2011

Pai Daging (1) hulalaa...


Sumber dari sini

 Bahan2nya :-

Bahan A

500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya

Bahan B

6 biji kentang (direbus )
1 /2 cawan susu cair
1/2 sudu teh lada sulah


Cara2nya :-

1. Tumis bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi dan biarkan hingga daging betul-betul masak.
3.  Masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah dan gaul hingga sebati
5. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalam acuan atau bekas yang boleh dibakar dan kemudian tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan.

** Boleh juga ditaruk parutan cheese diatas semasa hendak membakar..tp akan x taruk tadi stok elekk

4 comments:

Kjee said...

salam. macam cottage pie yer.

Ayu said...

salam..heheee yalah kjee cottage pie klu gna lamb jd shepherds pie kan..

abah khalisha said...

macam best je..leh abah try ni bg kat wife and anak makan..hehehe..

tks86-admin said...

abah khalisha...mmg best bagi saya,suami & ank2..x salah klu nk cuba..