Sunday, May 22, 2011

Apam Polkadot hulalaa



Bahan2nya :-

3 biji telur dari peti sejuk 
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
i sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa korang
Paper cup - saiz sederhana


Cara2nya :-


1.    Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga adunan kembang
2.    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian warnakan mengikut pilihan anda
3.    Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4.    Picitkan adunan kedalam mangkuk kertas (setengah sahaja)
5.    Letakkan filling secukupnya (utk lebih senang masukkan filling kedalam plastik kemudian picitkan)
6.    Picit lagi adunan sama @ warna lain hingga hampir penuh untuk menutup filling
7.    Last sekali buat dot dot dengan warna pilihan dan kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak

1 comment:

Nyonya Tiger said...

kiut,cantik,colourful kue apam ini..satu hari bila kederat ku 'single handicap' pasti akan ku cuba resepi inih..